Mencabar Kayveas Murugiah Thopasamy

Pada Mei 2009 Murugiah dipecat kerana mengadakan sidang akhbar, mencemarkan imej dan nama baik parti dan mengeluarkan kenyataan memfitnah terhadap parti, majlis tertinggi dan pucuk pimpinan PPP, M. Kayveas.

Pada 2009, Senator Datuk T. Murugiah memohon Tribunal Timbangtara Malaysia (MATE) mengisytiharkan beliau sebagai presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) yang sah. Pendaftar Pertubuhan (ROS) memohon mahkamah supaya mengenepikan keputusan MATE pada 11 Dis 2009 bahawa Murugiah merupakan presiden PPP yang sah. Pada 24 Disember 2009 ROS menamakan MATE, presidennya Datuk Munsyi Muslim Yacob, selaku penimbang tara yang membuat keputusan itu, Prof Madya Datuk Abdul Halim Sidek dan Murugiah sebagai responden.[1]